Read more: cara-cara nak buat gambar bila diklik menjadi zoom ~ Aerol Hafiezi http://aerol-rianbow.blogspot.com/2011/05/cara-cara-nak-buat-gambar-bila-diklik.html#ixzz1QAvWfl50

Thursday, 11 August 2011


Bengkel Penyeliaan (Sains & Teknologi)


KUALA TERENGANU – Satu Bengkel Penyeliaan (Sains & Teknologi) telah diadakan pada 27 Februari 2011 bertempat di Dewan Teater, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Kota.
Bengkel telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Program anjuran Pusat Pengurusan Siswazah ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran penyeliaan di kalangan penyelia dan menjadi satu ruang untuk bertukar-tukar fikiran berkaitan bidang penyeliaan pelajar siswazah.
Bagi menyempurnakan program tersebut, Profesor Dr. Hasanah Ghazali dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Abdul Rashid Abdul Rahman dariCyberjaya University College of Sciences dan Profesor Dr. Md. Yazid Mohd Saman dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada hari berkenaan.
Bengkel telah dihadiri oleh pensyarah yang terlibat dengan penyeliaan pelajar siswazah dan pensyarah yang berpotensi untuk menyelia pelajar siswazah pada masa akan datang dari Fakulti Pertanian & Bioteknologi (FPB), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Teknologi Makanan (FTM) dan Fakulti Informatik (FIT).

No comments:

Post a Comment

0 people eat my apple